Friday, 8 February 2013

DANA UNTUK PEMBINAAN RUMAH BURUNG WALIT

Persoalan seterusnya yang perlu kami selesaikan ialah dimana hendak mencari dana sebanyak RM70k yang diperlukan untuk membina RBW yang dirancang? Bertanyakan kepada MARA, MARA memaklumkan bahawa pada masa ini tiada lagi dana untuk membangunkan RBW. Kami bertanya pula kepada TEKUN, pegawainya memaklumkan dana RM500k khas pembangunan RBW yang di peruntukkan oleh kerajaan untuk tahun 2011, telah habis diagihkan.

Akhirnya ke Agro Bank ... ya Agro Bank. Saya menelefon Agro Bank Seremban. Pegawai Agro Bank tersebut melayan saya secara profesional. Beliau memaklumkan prosidur dan dokumen-dokumen yang di perlukan untuk dikemukakan semasa membuat permohonan. Pertamanya perlu membuat kertas kerja, ini tugas yang mudah bagi saya kerana telah biasa menyediakan kertas kerja pelbagai projek di pejabat. Kesimpulannya untuk memohon pinjaman bagi membina RBW daripada Agro Bank anda perlu menyediakan perkara-perkara berikut :

     1. Kertas kerja
     2. Geran tanah di mana RBW hendak dibina
     3. Surat kebenaran pembinaan RBW daripada penama tanah lain sekiranya geran
         tanah tersebut bukan atas nama kita seorang sahaja
    4. Laporan kajian kesesuai lokasi untuk membina RBW. Laporan kajian ini dikeluarkan
        oleh Jabatan Veterina dari Pejabat Port Dickson. Terima kasih kepada En Zahir yang
        banyak membantu.
    5. Penjamin atau cagaran yang berupa tanah atau rumah... doa banyak-banyak kepada
        Allah agar RBW memberi pulangan lumayan

Apabila semua dokumen telah lengkap, saya ke Agro Bank Seremban, pegawai yang membimbing mencadangkan agar saya memohon RM100K. Menurut beliau tidak pernah lagi pelanggannya datang untuk pinjaman buat RBW serendah kami. Yalah masing-masing ada perkiraannya yang tersendiri. Kami bercadang untuk membeli sendiri barang dan mengupah orang untuk membinanya. 

Dengan pinjaman sebanyak RM100 dengan tambahan sedikit simpanan, akhirnya kami membina RBW 3 tingkat.

1 comment:

  1. boleh ka penipuan sekirannya ada org lain mengunakan geran fotokopi kita...apa ka risiko risiko

    ReplyDelete